Sabtu, 24 Mac 2012

Sejarah kampung


SEJARAH

Balairaya pertama sekitar tahun 60an

Jalan kampung tidak bertar

Kelas TABIKA pertama tahun 80an

Jambatan pertama yang dibina penduduk kampung

Penempatan penduduk sekitar tahun 70an

  • Kampung ini diterokai pada tahun 1926 oleh Batin Anjang bersama 3 keluarga yang lain.Keluarga ini kemudiannya meninggalkan kediaman mereka ketika Tentera Jepun menakluki Tanah Melayu pada tahun 1945.Kampung ini diberi nama sempena Jeram sungai yang sedia ada serta kaitan nama Batin Anjang selaku peneroka awal kampung ini. 
  •  Selepas Tentera Jepun menyerah kalah,sekumpulan peneroka baru yang diketuai oleh Batin Itam iaitu anak kepada Batin Anjang telah membuka semula penempatan di kampung ini.Bagi menambahkan lagi penduduk beliau telah membawa bersama rakan-rakan beliau dari Tasik Bera ke sini.
  • Selepas kematian batin Itam pada tahun 1960 kepimpinan kampung ini telah diambil alih oleh Batin Sani bin Ahmad  
  • Semasa kepimpinan beliau kampung ini terus menerima penambahan bilangan penduduk yang semakin ramai dengan kehadiran penduduk yang baru dari Melaka,Pahang,Johor dan juga Perlis.Kepimpinan Batin Sani boleh dianggap sebagai permulaan kepada wajah baru pembangunan dan kemajuan di kampung ini.Semasa itulah kampung ini mula menikmati kemudahan asas seperti jalan tar,bekalan letrik dan air paip.
  • Kampung ini diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ( JHEOA ) pada mulanya.Kemudian diambil alih pentadiran oleh Pejabat Daerah Jempol sehinggalah ke hari ini.Melalui Pentadbiran Daerah kampung ini terus menikmati arus kemajuan dan pembangunan yang pesat dan amat membanggakan.Kampung ini juga merupakan satu-satunya kampung  tradisional di dalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Palong yang mana lain-lain kampung merupakan perkampungan Felda.
  •  Dibawah pentadbiran JKKK sekarang berbagai kemajuan terus dinikmati penduduk dengan sokongan dari Pejabat Daerah, Kerajaan Negeri dan Pusat serta semua jabatan-jabatan yang berkaitan.